TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 56)
Gaya Hidup di Awan Biru
Bila dah selalu terbang (atau melakukan sesuatu kerja), saya kena teliti setiap perkara. Dalam bahasa lain, kena tekuni & sedikit cerewet (yang positif).
Saya kena check masa penerbangan, masa transit (kalau ada), lapangan terbang transit, pengangkutan & keluasan sesebuah lapangan terbang, kecekapan imigresyen malah tempat duduk saya dari segi barisan & posisi. Penerbangan bagi saya bukan lagi separuh masa. Ia dah jadi kerja sepenuh masa. Ia perlu teliti & tepat. Dalam penerbangan, mesti ada nilai tambah baru ada penghasilan baru (output) walaupun hanya duduk di atas pesawat & berjalan di lapangan terbang. Setiap detik & tempat ada nilai tambah. Bukan kosong.
Saya suka sangat dapat aisle seat tetapi bukan di barisan hadapan (yang berhampiran tandas). Tak kisahlah samada berada di klas bisnes atau ekonomi. Saya akan book awal2 aisle seat walaupun kena bayar sedikit.
Kenapa saya suka sangat2 aisle seat? Senang keluar ke tandas bagi keperluan & juga berwuduk bagi solat serta berjalan2 atas pesawat dalam perjalanan lebih daripada 4 jam. Ia juga memberi ruang lebih kepada kaki & juga untuk diletakkan buku atau laptop atas meja lipat. Ini kelebihan aisle seat. Ada juga yang suka window seat sebab mereka tidak mahu dikacau & tidak mahu membuat apa2. Saya ingin menulis atas pesawat.
Saya jadi emotional kalau tak dapat aisle seat atau tempat saya diminta tukar kerana faktor2 kekeluargaan penumpang lain. Selalunya saya boleh melepaskan tempat duduk kesayangan saya kalau ditukarkan dengan aisle seat juga. Betapa pentingnya aisle seat bagi saya.(Saya juga bimbang syarikat penerbangan akan mengenakan premium aisle seat selepas membaca post saya ni).
Dalam kehidupan kita, kita banyak melakukan perkara yang sama setiap hati tapi tidak ada nilai tambah sama sekali. Memasak. Pasar. Mengemas rumah. Menggosok pakaian. Menaiki kereta/penangkutan awam. Media sosial. Macam2 lagi. Tapi ia hanyalah sekadar rutin. Nak lebih berjaya, kena mulakan perubahan dalam amalan rutin.
Saya jadikan rutin penerbangan saya setiap minggu flexible & smart untuk mengaut sebanyak mungkin faedah. Everything counts.
#terbangbersamamdb
MDB